Monday, July 12, 2010

SIFAT-SIFAT YANG MENGGEMBIRAKAN HATI ORANG..

Assalamualaikum w.w.

Dalam meneliti realiti kehidupan hari ini, terlintas dibenakku kenapa agaknya kadang2 seorang insan itu tidak digemari dan ada pula yang digemari. Bukanlah mereka yang digemari itu perfect... ada juga kekurangannya...dan tidak kurang juga yang tidak digemari itu mempunyai sifat2 yang baik dan ikhlas...Apa-apa pun bagiku yang lebih aula ialah berusaha menjadi insan yang ALlah redha dan suka walaupun jutaan manusia tidak menyukai. Tetapi...bagaimana dakwah harus dijalankan bila semua orang memandang sinis dengan kita?... Rasanya perlu juga aku meneliti beberapa ciri insan yang disukai sebelum dapat bergerak ditengah2 masyarakat yang mempunyai bermacam-macam ragam ini. Sememangnya kadang2 sifat itu sudah menjadi malakkah dalam diri sesaorang...tetapi dengan adanya kerendahan hati, ianya boleh diproses agar sifat itu tadi bertukar kpd. apa yang Allah kehendaki.
Di bawah ini terdapat 10 sifat yang mungkin boleh menggembirakan semua orang dan yang penting ianya menjadi sifat diri kita sendiri yang bukan hipokrit.....tetapi lahir dari pendidikan dalam diri;-

1. Ketulusan
Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang . Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai karena yakin tidak akan diperbodohkan atau dibohongi . Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran , tidak suka mengada-ada , berpura - pura , mencari - cari alasan atau memutarbalikkan fakta. Prinsipnya " Ya di atas Ya dan Tidak di atas Tidak " . Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular . Dengan begitu , ketulusan tidak menjadi SESUATU yang bisa merugikan diri sendiri .

2 . Kerendahan Hati
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan , kerendah hatian justru mengungkapkan kekuatan . Hanya orang yang kuat jiwanya yang bisa bersikap rendah hati . Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk . Orang yang rendah hati bisa mengakui dan menghargai keunggulan orang lain . Ia bisa membuat orang yang di atasnya merasa ok dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa tidak dihargai (menyepi diri) .
3 . Kesetiaan
Kesetiaan sudah menjadi sifat yang sangat tinggi harganya . Orang yang setia selalu boleh dipercayai dan diyakini . Dia selalu menepati janji , punya komitmen yang kuat , rela berkorban dan tidak suka berkhianat .
4 . Positive Thinking
Orang yang bersikap positif ( positive thinking ) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif , bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun . Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain , lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasan , lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan , lebih suka memuji daripada mengecam , dan sebagainya .
5 . Keceriaan
Kerana tidak semua orang dikurniakan aura ceria , maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh , tapi sikap hati . Orang yang ceria adalah orang yang bisa menikmati hidup , tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan . Dia bisa mentertawakan situasi , orang lain , juga dirinya sendiri . Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain .
6 . Bertanggung jawab
Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya dengan sungguh - sungguh. Kalau melakukan kesalahan , dia berani mengakuinya . Ketika mengalami kegagalan , dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan . Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati , dia tidak akan menyalahkan siapapun . Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya .
7 . Percaya DiriRasa
Percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya , menghargai dirinya dan menghargai orang lain . Orang yang percaya diri dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan situasi yang baru . Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik .
8 . Kebesaran Jiwa
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain . Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan . Ketika menghadapi masa - masa sukar dia tetap teguh , tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan .
9 . Easy Going
Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan . Dia tidak suka membesar - besarkan masalah kecil . Bahkan berusaha mengecilkan masalah - masalah besar . Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan . Dia tidak mahu pening dan stress dengan masalah - masalah yang berada di luar kawalannyanya .
10 . Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan . Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik , tapi juga boleh menempatkan diri pada kedudukan orang lain . Ketika terjadi konflik , dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak , tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri . Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain .

Nampak mudahkan?...Insya ALlah ita boleh perbuat asalkan hati kita mempunyai persediaan untuk berubah.

Monday, May 24, 2010

Mendekatkan diri kepada ALlah..Satu Penyelesaian..

Dalam kesibukan waktu yang begitu padat dengan urusan duniawi yang tidak pernah selesai... hati ini terpanggil untuk menyelami kehidupan masa silamku bersama abah dan emak tercinta...Pada waktu itu ..tenaga mereka begitu kuat. Emak..yang tidak boleh melihat sepah sentiasa memaksa diri untuk berkemas...Bukan sahaja dirumah sendiri malah bila menziarahi anak-anak juga sikapnya begitu. Apabila ku kembali dari sekolah ..bukan sahaja didalam rumah malah disekeliling rumah...kesemuanya kemas dan bersih. Rumput dicabut..sampah dibakar..Rumput-rumput dan longkang semuanya bersih. Abah pula tidak ketinggalan dalam aktiviti pembersihan itu.
Sementara emak mertuaku juga begitu... perbezaannya ialah beliau lebih kepada kebun dari aktiviti didalam rumah. Apa-apa pun mereka semua bagi ku begitu gigih menjalani kehidupan ini .....
Tetapi kini...semua itu telah berlalu. Abah kini begitu uzur. Mata sudah mula kabur. Badannya begitu lemah dan ingatannya sejak akhir2 ini agak terjejas. Semuanya ini adalah kemungkinan berpunca dari serangan penyakit darah tinggi dan demam yang berlarutan. Emak pula sudah tidak sekuat dulu. Namun begitu hanya kekuatan hati sahaja yang mendorong beliau melakukan kerja-kerja rumah saban hari. Bersyukurku kehadrat Ilahi kerana adik perempuan, Zam dan Suaminya Md Shah serta anak-anaknya duduk berdekatan. Dapat juga mereka menjenguk emak dan abah. Adik beradik lain jauh-jauh. Namun aku berbangga dengan Abang Long, Hisham, syukur dan Ela yang sering balik menziarahi emak dan abah setiap hujung minggu.
Tetapi hari ini..ujian Allah pada setiap hambanya tak pernah lekang. ALlah menyayangi..... Emak mertuaku yang dulunya terkenal dengan kepantasannya dan kekuatan dalam mengendalikan kerja-kerja kini menghidapi sakit dibahagian tulang belakangnya. Pergerakannya amat terbatas... Esok 25.5.2010 beliau akan dibawa ke hospital pakar untuk meneruskan pengubatan matanya yang dikenalpasti mengalami bengkak diRetina. Belum pun pulih sepenuhnya..kini penyakit baru pula mengundang.
Begitulah hakikat kehidupan ini...setiap saat memerlukan pengobanan dan setiap saat juga merupakan perjuangan. Teringat aku akan Firman ALlah yang bermaksud; `Tidak ku biarkan mereka mengatakan mereka beriman sekiranya mereka tidak diuji'..Inilah satu hakikat proses keimanan yang kita kena lalui. Tidak ada manusia yang hendak penyakit datang...dan tiada insan yang menafikan kemerdekaan dan kebahagiaan..tetapi sunatullah hidup ini penuh dengan perjuangan. Semakin besar pengorbanan kita semakin mudah untuk kita memasuki syurga Allah..kerana ia adalah tiket untuk kita menempah syurga itu.
Namun sebagai insan dan anak yang mengharapkan keredhaan ALlah dan ibu bapa akan ku harungi segala mehnah kehidupan ini dengan penuh keikhlasan. Hari ini hari mereka..kerana tidak lama kemudian waktu ku akan sampai jua... Akan ku ambil dan rebut peluang ini untuk berbakti kepada mereka selagi hayat masih ada dan selagi ALlah masih memberikan kudrat untukku. Sesunguhnya segala-galanya datang daripada ALlah dan kepada Allahlah kita memohon pertolongan. Hanya dengan mendekatkan diri kepada ALlahlah sahaja segala permasaalahan akan selesai. Permasaalahan adalah lahir daripada Kondusi HATI . Jika HATI itu redha...maka permasaalahan tidak akan menjadi PERMASAALAHAN yang BESAR...malah hadapai segala-galanya dengan penuh KESABARAN, TAWADHUK dan REDHA.

Saturday, May 22, 2010

INGATKAN KEMATIAN...MENGHINDAR DIRI LALAI DIDUNIA

Bila Usia sudah hampir mencecah 50an, ini bermakna sudah setengah abad aku hidup didunia ini. Masakan aku boleh bertahan untuk 50 tahun akan datang? Lantas teringat aku akan kematian yang tidak tahu entah bila akan menjemputku. Dalam keadaan yang sebegini.. amalan masih kurang..., keikhlasan masih teruji.. aku begitu takut dengan perkataan MATI. Sedang aku mencari makna dan erti kematian lantas aku terbaca artikel yang ku kira boleh dikongsi sama dengan sahabat2 yang belum membacanya untuk kita terus merenung... hakikat kematian yang merupakan satu perpisahan...

Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut kemana sahaja manusia pergi.

Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?
Wahai diriku dan saudara-saudaraku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…
Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: Wahai diri, aku akan mati! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. Insya-Allah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu terseyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?
Begitulah diriku dan saudaraku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…
saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?
Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.
Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Amin.

Thursday, May 20, 2010

Satu Perubahan dalam Perjalanan kehidupan

Ku cuba untuk menjadikan Blog ini sebagai wadah atau medan untuk melabuhkan idea2 yang dapat dikongsi bersama dan dimenafaatkan untuk insan sejagat.